Sabtu, 16 April 2022

KUAH KACANG AYAM




KUAH KACANG AYAM

Bahan bahan
1 ekor ayam – potong
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar – 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa – dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
3/4 cawan minyak
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
Cara-caranya:
1. Kacang tanah disangai tanpa minyak.
2. Kemudian, buangkan kulit dan dikisar tidak terlalu hancur.
3.Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.
4.Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.
5.Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
7. Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas.

Selamat Mencuba Dari MKDM





Sabtu, 20 Julai 2019

GULAI LEMAK TEMPOYAK UDANG PETAI



GULAI LEMAK TEMPOYAK UDANG PETAI

Bahan-bahan :

- 1 Kg udang ( tanpa membuang kulit dan kepala udang)
- 2 Helai daun kunyit ( dihiris halus)
- 4 Ulas bawang merah **
- 1 labu bawang putih **
- 1 1/2 kunyit hidup **
- segengam cili padi ( ikut kepedasan )
- 3 batang serai (diketuk)
- 4 sudu tempoyak
- 4 atau 5 papan petai
- 1 Kg santan
- 250 ml air
- Garam dan secukup rasa 
- sedikit gula 
- Minyak untuk memasak

Cara-cara penyediaannya :

- Kisar halus bahan-bahan yang bertanda ** sehingga halus.
- Panaskan minyak untuk menumis
- Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama sedikit air sehingga kering dan pekat.
- Kemudian masukkan santan, diikuti dengan serai yang telah diketuk bersama daun kunyit yang telah dihiris halus. kacau perlahan-lahan agar santan tidak pecah minyak.
- Masukkan tempoyak dan petai, ikut pada kesukaan ada petai itu ( lagi banyak lagi sedap). kacau bagi sebati dan biarkan ia mendidih.
- Akhir sekali masukkan udang, kacau bagi rata dan letakkan gula, garam dan secukup rasa.
- Tutup api dan boleh dihidang dengan nasi panas dan telur dadar.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Rabu, 10 Julai 2019

NASI AYAM PENYET SUPERRBB




NASI AYAM PENYET

Bahan-bahan rebusan ayam :

- 1 ekor ayam ( dipotong 8)
- 1 ketul kiub ayam
- 1 cm halia
- 3 ulas bawang putih 
- sedikit garam

Cara-cara rebus ayam : 

- Basuh ayam sehingga bersih dan rebus dengan air secukupnya,
- masukkan halia, bawang putih, kiub ayam dan garam. 
- masak sehingga empuk kemudian angkat dan toskan.


Bahan-bahan perapan ayam :

- 1/2 sudu besar jintan manis **
- 1/2 sudu besar jintan putih **
- 3 sudu besar biji ketumbar **
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk kunyit
-1/2 sudu besar serbuk lada putih
- 4 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- sedikit garam dan cukup rasa

Cara-cara perapan ayam :

- Sangai semua tanda yang bertanda ** 
( masak seketika di atas kuali tanpa minyak sehingga naik bau)
-Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan yang lain sehingga halus (letakkan sedikit air)
- Gaulkan ayam yang direbus tadi bersama rempah-rempah yang telah dikisar tadi.
- Perap ayam beberapa jam di dalam peti sejuk (paling kurang perap selama 3 jam)
- Goreng ayam sehingga garing dan ranggup.
- *Lebihan rempah tadi jangan di buang, gaulkan bersama tempe dan tauhu sebelum mengoreng.


Bahan-bahan Sambal Superrb 

- 15 biji cili padi ( lagi banyak lagi pedas)
- 10 biji cili merah ( dipatah-patahkan)
- 8 biji bawang merah (dibelah 4)
- 2 biji bawang putih 
- 2 biji tomato (dibelah kecil-kecil)
- 3cm belacan
- sedikit garam dan secukup rasa
- gula secukupnya
- minyak masak 

Cara-cara menyediakan Sambal Superbb

- Panaskan minyak dan gorengkan cili padi, cili metah, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga naik bau.
- kemudian goreng tomato sehingga layu.
- lecekkan semua bahan-bahan di atas bersama garam, gula dan secukup rasa sehingga lumat.
- kemudian boleh dihidangkan bersama nasi dan ayam tadi.

Bahan-bahan sampingan :

- Nasi putih
- Tempe 
- Tauhu
- Salad, timun dan tomato


SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Isnin, 8 Julai 2019

PAI TEE





RESEPI PAI TEE 

BAHAN-BAHAN KULIT PAI TEE :

- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung 
- 1 biji telur
- Sedikit air kapur
- Garam secukupnya
- Minyak masak untuk memasak

CARA-CARANYA :


- Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali minyak masak.
- gaulkan semuanya, jangan terlalu pekat dan cair (sedang-sedang sahaja)
- Panaskan minyak masak sehingga panas.
- Rendamkan acuan pai tee di dalam minyak panas, tunggu dalam beberapa saat. 
- Angkat acuan tadi dan celupkan di dalam tepung yang telah digaulkan.
- Rendam semula acuan tadi dan tunggu sehingga tepung berpisah dari acuan
- tunggu warna kekuningan dan boleh angkat.
- Ulang balik sehingga habis tepung tersebut.

BAHAN-BAHAN INTI : 


- 1 Biji lobak Merah (potong memanjang)
- 1/2 Biji sengkuang (potong memanjang)
- 5 Batang Kacang panjang ( potong kecil-kecil)
- 1 biji bawang merah (hiris)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/2 kuib ayam 
- sedikit garam 
- secukup rasa 
- sedikit minyak masak

CARA-CARANYA :

- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan Lobak merah, sengkuang dan kacang panjang masak sehingga layu. 
- Masukkan kiub ayam, garam dan secukup rasa.

*Jika suka ranggup, masak di atas api sebentar sahaja. 


BAHAN-BAHAN KUAH CILI :



- 5 batang cili merah **
- 5 ulas bawang putih  **
- 1cm halia **
- 1/2 kiub ayam
- 8 sudu sos cili
- Garam dan secukup rasa

CARA-CARANYA :

- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
- masakkan bahan yang kisar tadi, kemudian letak kiub ayam, sos cili, garam dan secukup rasa.
- Jika sos terlalu pekat, letakkan sedikir air.
- Masak sehingga sebati.


SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

SAMBAL TOKTOK IKAN BILIS PETAI


Resepi Sambal Toktok Ikan Bilis Petai

Bahan - Bahan :
Bawang besar
Lada besar
Lada kecil
Belacan
Ikan bilis
Petai

Cara Membuat:

- Goreng ikan bilis dan tumbuk kasar.
- Goreng bahan-bahan lain kecuali petai.
- Saya guna minyak goreng bilis tu je.

- Tumbuk semua bahan yang digoreng
- masuk bilis tumbuk sikit lagi & masukkan Petai.
-Kacau guna sudu. 

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Jumaat, 17 Jun 2016

PANCAKE MALAYSIA



Resepi : Pancake Malaysia

Bahan-Bahan:

Bahan A 

- 1 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu teh gula atau secukupnya
- 2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan B 

- 1 cawan susu segar
- 1 sudu besar minyak sayur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar air
- 2 sudu besar mentega – dicairkan

Cara Membuat:

- Masukkan bahan A ke dalam bekas dan kacau rata.
- Kemudian, masukkan pula bahan B dan gaulkan hinnga sebati dan tidak berketul.
- Panaskan minyak atau oleskan minyak pada frying pan ( kuali mendatar ).
- Tuangkan satu senduk adunan atas permukaan kuali dan masak sehingga keperangan, terbalikkan dan biarkan kedua-dua belah bahagian masak.
- Angkat dan hidangkan dengan madu dan Sedikit Butter.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

AIS KRIM OREO



Resepi : Ais Kriim Oreo Homemade

Bahan-Bahan:

- 2 cawan susu Dutchlady Fullcream atau lowfat
- 2 cawan serbuk creamer cofeemate
- 1 paket biskut oreo

Cara Membuat:

- Masukkan susu dan serbuk creamer coffemate ke dalam mesin pengisar. Kemudian kisarkan ia.
- Seterusnya muasukkan pula beberapa keping biskut oreo ke dalam mesin pengisar yang berisi campuran susu dan creamer coffeemate. Kisarkan ia sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan ia ke dalam bekas. patah-patahkan beberapa keping biskut oreo lagi dan masukkan ke dalam bekas tersebut.
- Akhir sekali. Masukkan ia ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia beku.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM