Jumaat, 15 Januari 2016

KUIH MUIH : KUIH BOM INTI KELAPA


Resepi : Kuih Bom Inti Kelapa

- Bahan untuk inti kelapa:
- 1/2 biji kelapa putih
- 10 sudu besar gula merah
- 7 sudu gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu tpg gandum(utk mlekat2 supaya x berderai)

Bahan untuk kulit:

- 3 cwn tepung pulut
- 1 cwn tepung beras
- 1 1/2 cwn air gula suam
- bijan utk golek2kan

Cara Penyediaan :

Cara-cara untuk inti :

1. Masukkan 1/2 cwn air kedlm kuali bersama gula merah dan daun pandan
*(masak sampai mendidih)
2. Masukkan kelapa dan gula pasir,biarkan mendidih dan kacau hingga kering, dan masukkan tepung gandumm dan kacau lagi sehingga betul-betul kering
3. Sejukkan inti dan buat bulat2 kecil..

Cara-cara untuk kulit : 

1. Campur tepung beras dan tepung pulut 
*(gaul dengan tangan kering utk sebatikan tepung)
2. Kemudian tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil uli hingga adunan jadi keras
3. Kemudian ambil adunan yang dah siap diuli tadi dan bulat2kan...dan masukkan inti kelapa kedalamnya..
4. Kemudian golekkan diatas bijan
5. Goreng kuih bom dengan api sederhana selama 5 minit...sehingga kekuningan dan bolehah diangkat.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan