Jumaat, 15 Januari 2016

PENCUCI MULUT : KEK COKLAT MOIST KUKUS


Resepi : Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-Bahannya : 
(Menggunakan sukatan cawan )

- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak @ marjerin dicairkan
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum @ tepung kek
- 1 sudu baking powder
- 1 sudu soda bikarbonat
- 1 sudu esen vanilla
- 4 biji telur

Cara-cara Menyediakan :
1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. 
*Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
2. Sediakan satu bekas lain, untuk ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama (1) tadi kedalam adunan telur.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.
*Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
6. Sapukan marjerin pada loyang.
*Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
7.Kukus kek selama 1 jam.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan