Jumaat, 15 Januari 2016

LAUK PAUK : Telur Bistik


Resepi : Telur Bistik yang mudah

Bahan-bahan :

- 2 biji telur
- Isi ayam di potong dadu
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 3 biji cili padi (potong kecil-kecil) 
*kalau tak cukup pedas boleh tambah)
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- Sedikit sayur campur (mix vege)
- Sedikit sos tiram
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Garam, gula.

Cara-cara memasak :

1. Pecahkan telur dan pukul telur.
2. Panaskan minyak goreng telur. Dah masak angkat letak dalam piring.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih. Bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Masukkan sayur campur, cili padi dan ayam.
5. Perasakan dengan garam dan gula sedikit.
6. Dah masak bolehlah dicurahkan je atas atas telur tadi
7. Siap dan boleh lah di makan dengan nasi panas.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan