Jumaat, 17 Jun 2016

PANCAKE MALAYSIA



Resepi : Pancake Malaysia

Bahan-Bahan:

Bahan A 

- 1 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu teh gula atau secukupnya
- 2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan B 

- 1 cawan susu segar
- 1 sudu besar minyak sayur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar air
- 2 sudu besar mentega – dicairkan

Cara Membuat:

- Masukkan bahan A ke dalam bekas dan kacau rata.
- Kemudian, masukkan pula bahan B dan gaulkan hinnga sebati dan tidak berketul.
- Panaskan minyak atau oleskan minyak pada frying pan ( kuali mendatar ).
- Tuangkan satu senduk adunan atas permukaan kuali dan masak sehingga keperangan, terbalikkan dan biarkan kedua-dua belah bahagian masak.
- Angkat dan hidangkan dengan madu dan Sedikit Butter.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

AIS KRIM OREO



Resepi : Ais Kriim Oreo Homemade

Bahan-Bahan:

- 2 cawan susu Dutchlady Fullcream atau lowfat
- 2 cawan serbuk creamer cofeemate
- 1 paket biskut oreo

Cara Membuat:

- Masukkan susu dan serbuk creamer coffemate ke dalam mesin pengisar. Kemudian kisarkan ia.
- Seterusnya muasukkan pula beberapa keping biskut oreo ke dalam mesin pengisar yang berisi campuran susu dan creamer coffeemate. Kisarkan ia sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan ia ke dalam bekas. patah-patahkan beberapa keping biskut oreo lagi dan masukkan ke dalam bekas tersebut.
- Akhir sekali. Masukkan ia ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia beku.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM



Khamis, 16 Jun 2016

SAMBAL LENGKUAS



Resepi : Sambal Lengkuas

Bahan :

- 2 cawan lengkuas - rebus dan tapis airnya.
- 300gram bawang besar - dimayang
- 10 batang serai
- 30 biji cili kering
- 5cm belacan
- 5cm halia
- 300 gm ikan bilis - tumbuk pecah-pecah
- 300 gm bawang besar - dimayang
- kerisik daripada sebiji kelapa
- air asam jawa secukupnya
- garam dan gula

Cara penyediaan :

- Rebuskan lengkuas, kemudian blend dan tapis airnya.
- Kisar halus serai, cili kering, belacan dan halia
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga garing dan wangi.
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, lengkuas tadi, ikan bilis, bawang besar, kerisik, air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau rata dan masak di atas api sederhana selama 1 jam atau sehingga betul-betul kering dan garing.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

KUIH KASWI



Resepi : Kuih Kaswi 

Bahannya : 

- 2 cawan tepung gandum 
- 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung 
- 1 sudu kecil kapur kueh (penambahan) 
- Kelapa parut ( yang muda) 
- Sedikit garam
Bahan Sirap :
- 5 cawan air (daun pandan *tambahan)
- 1 cawan gula merah 
- 1 cawan gula pasir

cara penyedian : 

- Panaskan kukusan 
- Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. (lapiskan dengan plastik agar senang nak keluarkan 
- Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang. 
- Masakkan sehingga masak 30 minit @ 45 minit
- Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik. 
- Kelapa muda digaulkan dengan sedikit garam. 
- Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Tips : 
* jika nak kelapa itu tahan lama, kukuskan sebentar.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Selasa, 14 Jun 2016

LAKSA SARAWAK



Resepi : Laksa Sarawak

Bahan-bahan : 

• PES anggaran 200 gm
• 8 biji bawang merah*
• 4 ulas bawang putih*
• 10-12 tangkai cili kering*
• 1 inci lengkuas*
• 1 sk ketumbar
• 1 sk jintan manis
• 1 sk jintan putih
• 3 biji buah keras*
• 2-3 batang serai*
• 1 inci belacan bakar*
• 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
• 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
• sedikit garam
• sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :

1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

bahan-bahan : Sambal Udang Kering
• 6 biji bawang merah (dikisar)
• 2 ulas bawang putih (dikisar)
• Sedikit belacan bakar (dikisar)
• Segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
• 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
• Sedikit air asam jawa
• Garam dan gula

Cara-cara :
1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
bahan-bahan : Masakan (6-8 orang makan)
• 200 g pes atau perencah laksa 
• Isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
• 1/2 kilo udang basah 
• 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
• 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
• 2 batang serai (diketuk)
• 200-250 ml santan pekat
• Garam dan gula secukup rasa
• Taugeh (dicelur)
• Sedikit daun ketumbar (dipotonh)
• Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Cara-cara :

1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

KUIH KOSUI/KASWI



RESEPI - KUIH KOSUI/KASWI

Bahan-bahannya:

(A)
1. Tepung gandum - 1 setengah cawan
2. Tepung jagung/sagu - Setengah cawan
3. Gula merah - 2 cawan
4. Garam halus - Suku camca kecil
5. Air - 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
6. Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ Suku camca teh

B)
1. Garam halus - Secukupnya
2. Kelapa muda - diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa

Cara membuatnya:

1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Isnin, 13 Jun 2016

PUDING CENDOL



Resepi : Puding Cendol

Bahan-bahan:

*Lapisan bawah:
- 500 ml air
- 180 gm gula pasir
- 300 ml santan pekat
- 10 gm agar-agar serbuk
- 500 gm cendol
- Sedikit garam

*Lapisan atas:
- 500 ml air
- 200 gm gula merah 
- 300 ml santan pekat
- 10 g agar-agar serbuk
- 1 biji kuning telur
- sedikit garam

Cara-cara penyediaannya :

*Lapisan bawah

1.Masakkan air,agar-agar dan gula sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan garam.Biarkan mendidih sedikit.
3.Masukkan cendol,kacau sedikit,angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
*Tips-untuk acuan,basahkan dengan sedikit air.Lapikkan dengan bekas plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah dikeluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

*Lapisan atas:

1.Masakkan gula merah dengan sedikit air (daripada 500 ml dalam resipi ya) sehingga gula hancur.Tapiskan air gula.
2.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar. Masak sehingga mendidih.
3.Kocok kuning telur didalam santan.Tuangkan santan ke dalam adunan.Masukkan garam,biar mendidih sekejap.Padamkan api.

**Tips:

1.Sebelum tuang adunan atas,pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garfu di serata adunan.
2.Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan di bahagian tepi loyang.Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

VADAI 1 MALAYSIA



Resepi: Vadai 1 malaysia

BAHAN-BAHAN:

- 250 gm. kacang dal (Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih). Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis. 
*Nota: sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambil dua sudu besar dan simpan.
- 2 tangkai cili kering dihiris halus.
- 1 labu bawang merah (dipotong dadu halus atau boleh hiris halus)
- 1 sudu kecil biji jintan manis.
- 6-8 helai daun kari dicincang.
- 1/2 sudu kecil garam masala (kalau ada, garam biasa pun boleh)
- 1/2 inci halia dicincang halus.
- Minyak untuk goreng.

CARA-CARA:

1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.
2. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah, masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada hasil kisaran yang terdapat dalam bekas. Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadai anda gebu dan lembut. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata.
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan. 
*Nota: Kalau anda tidak berpengalaman atau mahir, gunakan sudip yang telah rendam minyak dalam kuali. Letakan sudip ditepi gerigi minyak tolak masuk adunan itu dalam minyak panas dengan bantuan sudip satu lagi atau sudu).
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami “vadai” yang akan gorengan. Dalam gorengan vadai ini minyak perlu cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil api dapaur untuk vadai masak sempurna.
5. Jangan goreng terlalu banyak kuanti dalam kuali kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika tidak vadai anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadai anda cukup masak dan garing. Vadai yang masak biasanya akan terapong naik ke atas dan bueh-bueh semakin kurangan melalui vadai.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM



Ahad, 12 Jun 2016

SPAGHETTI AGLIO OLIO SEAFOOD



Resepi : Spaghetti Aglio Olio Seafood

Bahan :
- 500 gm spaghetti
- Seafood (udang,sotong dan kepah,lala)
- Minyak zaitun @ minyak masak
- 3 ulas bawang putih dihiris-saya cincang halus
- 2 labu bawang besar dipotong dadu-saya tambah
- 3 sdb chili flakes
- 3 sdb oregano flakes
- 3 sdb parsley flakes
- 1 sk lada hitam-tumbuk halus
- 1 sk garam-ikut citarasa masing2
- 1 kiub pati ayam
- 3 biji cili padi @ 1 biji cili bagala (dipotong)

Cara-cara:
1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.Dalam periuk lain,rebus seafood hingga hampir masak dan toskan.Jangan buang air rebusan seafood ini.
2. Panaskan minyak zaitun/masak,tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.Jangan sampai hangit.Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
3. Masukkan oregano,parsley dan chili flakes,lada hitam,cili padi, garam dan kiub pati ayam.
4. Masukkan spaghetti dan seafood.Rasakan masinnya....jika kurang masin tambahkan garam.Kacau hingga sekata.
5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH PAHANG



Resepi : Sambal hitam belimbing buluh Pahang

BAHAN-BAHANNYA :
- 1/2 cawan belimbing buluh rebus
- 1/2 cawan cili padi (nak pedas tambah lagi cili)
- 2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
- 6 ulas bawang merah (4 biji ditumbuk, 2 biji dihiris)
- 5 sudu besar kicap manis (atau secukup rasa)
- 1 1/2 sudu besar kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK BELIMBING REBUS :
- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji atau lebis sikit. Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk, JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. - - - Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

BAHAN SAMBAL :
- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 4 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.

SAMBAL HITAM PAHANG : 
- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. 
- Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). - Kemudian ketepikan kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol. Selamat mencuba . Boleh di bawa untuk travel

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

AYAM MASAK BALI



Resepi : Ayam masak bali

BAHAN - BAHANNYA :

- 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
- 1 sudu teh penuh kunyit serbuk*
- sedikit garam (*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
- 6 batang serai, diketuk
- 4 pelepah daun kari
- 1 sudu besar kicap lemak manis 
- 1/3 cawan cili kisar
- 1 sudu besar rata gula (atau secukup rasa)
- Garam secukup rasa
- 1/2 cawan air

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :
- 4 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci belacan (ta ade pun ta apa)

CARA MEMBUATNYA :
1.  Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal2 saja atau separuh masak ye.

2.  Dalam kuali yang sama, cedok keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan
minyak. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.

3.  Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap sehingga kering-kering basah . Kemudian tutup api dan siap untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Selasa, 2 Februari 2016

PENCUCI MULUT : KEREPEK KETAM


Resepi : Kerepek Ketam Ranggup dan nyum nyum

Bahan-bahan :

- 2 bungkus isi ketam (stick crab)
- 1 sdk serbuk cukup rasa
- 1/2 sdk serbuk lada putih dan lada hitam
- 3 tangkai daun kari
- Minyak masak

Cara-caranya : 

1) Isi ketam itu direndam kejap di dalam air untuk keluarkan dari plastiknya.
2) Tuskan isi ketam dan carik-carik @ picit-picit hingga halus.
3) Dan siap carik-carik isi ketam tadi, campurkan bersama bahan-bahan tadi serbuk cukup rasa, lada putih dan lada hitam, dan daun kari, gaulkan bagi rata.
4) Boleh jemur sekejap kalau hari panas, kalau tak jemur pun tak apa.
5) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning dan ranggup.
6) Keringkan minyak dan simpan di dalam tempat yang kedap udara.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

LAUK PAUK : LALA MASAK MASAM MANIS ALA THAI


Resepi : Lala Masak Masam Manis Ala Thai

BAHAN-BAHANNYA :

- 200gm lala
- 4 sudu sos tiram
- 4 sudu sos cili
- 4 ulas bawang putih yang dikisar
- 1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
- 1 sudu sos plum
- 50gm nenas
- 50gm timun
- 1 biji bawang besar yang dihiris
- 1 biji cili benggala merah yang dihiris halus
- Garam

CARA-CARANYA :

1) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili boh sehingga garing.
2) Kemudian, masukan nenas, timun, bawang besar dan cili banggala merah dan biar seketika.
3) Selepas itu, masukkan lala, sos cili, sos tiran, sos plum dan jus limau nipis.
4) setelah siap semuanya, boleh masukkan garam mengikut cita rasa.
3) Kulit lala akan terbuka apabila ia telah masak.
4) Apabila masak sepenuhnya, boleh tutup api dan hidangkan diatas pinggan. 

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

LAUK PAUK : COLESLAW


Resepi : Coleslaw Mudah dan lazat

Bahan-Bahan diperlukan :

- Carrot (dipotong dadu @ sagat kuantiti ikut suka)
- White cabbage/kobis (dihiris dadu @ sagat, kuantiti ikut suka)
- 2 sudu Mayonis 
- 1 sudu Fresh milk
- Sedikit garam

Cara penyediaannya : 

1) Kesemua bahan digaul bersama dalam bekas . Kuantiti mayonis dan fresh milk depends on berapa banyak sayuran yg kita letak. Kalau terlebih akan jadi cair, kalau kurang tak cukup pulak jadinya. So, kesimpulannya agak-agak.

2) Simpan & tutup dalam bekas dan disejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih (supaya semua bahan diperap sebati dan sayur menjadi lebih lembut).

 3) Setelah itu, boleh dihidang dan sedia untuk dimakan. 

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

LAUK PAUK : SAMBAL IKAN BILIS


Resepi : Sambal Ikan Bilis mudah dan lazat

Bahan bahan:

- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 mangkuk cili kering  (dikisar)
- 3 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- Sedikit halia
- 1/2 keping asam keping @ air asam jawa
- 2-3 sudu besar gula
- Garam

Cara cara :

1) Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 

2) Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

3) Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM


LAUK PAUK : AYAM RENDANG


Resepi : Ayam Rendang Superbb

Bahan yang diperlukan :

Bahan A:
- 1 ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
- 1/2 cawan kerisik
- 2 helai daun kunyit (disiat)
- 2 keping asam gelugor 
 - 2 sudu besar gula melaka yg di racik 
- Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
- 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
- 5 ulas bawang putih
- 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
- 3 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 15 tangkai cili kering @ 3 sudu besar cili kisar
- 15 biji cili api


Cara memasak :

 1) Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
2) Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
3) Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
4) Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
5) Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat untuk dijamu selera.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

Isnin, 1 Februari 2016

LAUK PAUK : SEAFOOD PAPRIK


Resepi : Seafood Paprik yang mudah

Bahan-bahannya :

- 300 gram campuran udang dan sotong
- 3 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
- 1/2 inci halia dihiris halus
- 1 biji hollad di potong
- 1/2 lobak merah dipotong
- sedikit bunga kobis
- 4 batang kacang panjang dipotong
- 3 helai daun limau purut
- 2 sb cili kering kisar
- 2 sb sos tiram
- 2 s/b kicap manis
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos tomato
- sedikit minyak bijan
- garam

Cara untuk penyediaan :

Tumis bahan hiris dan tumbuk sehingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar, masak hingga minyak pecah
Masukan bahan sos dan letak sedikit air, kemudian masukan lobak merah, kacang panjang dan kobis bunga. Biar sayur masak sedikit
Lepas tu baru masuk sotong dan udang, dua tiga titik minyak bijan dan garam.
Rasa masinnya, masukan daun limau purut, kemudian baru masuk bawang holland yg dipotong tadi.
Kacau sebentar dan semua dah masak siap dihidang.

SELAMAT MECUBA DARI MKDM