Ahad, 17 Januari 2016

LAUK PAUK : DAGING MASAK CILI BERLADOO


Resepi : Daging Masak Cili Berladoo

Bahan-bahan:

- 500g daging
- 1 sb serbuk kunyit
- 1 labu bawang besar dipotong bulat
- 1 inci halia diketuk
- air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa

*Bahan dikisar@tumbuk kasar 

- 5 tangkai cabai basah
- 3 tangkai cili api merah
*ikut kepedasan kita
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih

Cara-cara membuatnya :

Daging direbus hingga empuk kemudian hiris nipis2.
Gaul daging bersama kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian bolehlah digoreng. Apabila masak, toskan. Ketepikan.
Tumis bahan dikisar dan halia menggunakan minyak menggoreng tadi hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa,kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
Dah elok rasa tu...bolehlah dimasukkan daging goreng tadi..kacau bagi mesra. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Matikan api. Siap
Untuk hiasan boleh disusun daun sup disekeliling pinggan dan ditabur daun bawang yang dipotong kecil diatasnya.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

LAUK PAUK : PERIA GORENG


Resepi : Peria Goreng Tepung Ranggup

Bahan-bahannya :

* 1 batang peria
* 4 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung 
* 2 sudu kecil serbuk cili 
* 1 sudu besar rempah kari 
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil garam 
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 
* 1 sudu besar air

Cara penyediaannya :

1- Basuh bersih peria dan potong bulat dan sama nipis.Buang bijinya dan bahagian bewarna putih dgn mengunakan tangan.Rendam potongan peria dgn 1 sudu garam dan 3 sudu gula selama 1/2 jam.
2-Toskan air rendaman peria dan pastikan airnya kering (boleh gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya.)Masukkan peria kedalam satu mangkuk besar.
3- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk peria tadi kecuali air.Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
4- Masukkan 1/2 sudu air dahulu dan gaul rata.Jika ianya nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu air lagi.Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.
5- Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.Bila minyak dah betul-betul panas masukkan pria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
6- Goreng peria hingga betul-betul garing.Angkat dan toskan minyaknya. 

SELAMAT MENCUBA DARI  MKDM

LAUK PAUK : KARI KEPALA IKAN MERAH


Resepi : Kari Kepala Ikan Merah

Bahan-Bahan yang diperlukan :

- 700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.

* Bahan untuk di tumbuk
- 3 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawan putih*
- 1 inci halia.*
- 1/4 biji bawang besar*
* Bahan untuk di tumis
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 batang kecil kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- Sedikit daun kari

* Bahan-bahan lain berkaitan
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1 paket rempah gulai ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 biji tomato di potong 4
- 5 batang bendi
- garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan :

Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
Siap dan sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM



KUIH MUIH : POPIAH NESTUM


Resepi : Popiah Nestum mudah dan senang

Bahan-bahan :

1 bungkus kulit popia
1 cawan Nestum (Dikisar halus)
1/2 cawan Horlicks
1/2 cawan gula castor
Lidi satay atau chopstick ( Untuk menggulung, kalau takda takpe)
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk menggoreng)


Cara-cara membuatnya:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay atau chopstick (supaya mudah gulung, kalau taknak guna pun takpe). Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Buat sehingga habis.
* Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam gulungan kulit popia tu masak.
* Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan (supaya senang gulung dan dipotong)

2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan.

4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, tabur Nestum, Horlicks dan gula kastor ke atas kulit popia. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti bahan-bahan tersebut. Simpan dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM


Sabtu, 16 Januari 2016

LAUK PAUK : KERABU KAKI AYAM


Resepi : Kerabu Kaki Ayam

Bahan-bahannya:

- 12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua
- 1 biji bawang besar - dihiris nipis
- 11 biji cili api - dihiris nipis
- 2 biji tomato - dihiris dadu
- 2 batang serai - dihiris nipis
- 1 biji limau nipis - ambil jusnya
- 3 sudu makan sos ikan (nampla)
- 1 1/2 sb gula
- 1 tangkai daun sup - dihiris halus
- 1 tangkai daun bawang - dihiris halus

Cara-caranya:

1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. * * Rebus hingga kaki ayam empuk.
2. Sejatkan kaki ayam.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
4 Akhir sekali boleh dihidangkan dan selamat menjamu selera.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

LAUK PAUK : ASAM LAKSA PENENG


Resepi : Asam Laksa Penang

Bahan-bahan : (4 orang makan )

- 500gm laksa basah *direndam dalam air panas sebentar
- 1 biji timun dihiris panjang2
- 3 biji telur rebus *potong 4@2 setiap satu
- 4 biji limau kasturi *potong 2
- 1 bawang besar dimayang

Bahan-bahan untuk kuah:
- *4 ekor ikan kembung @ sardin (dibersihkan dan direbus)
- *8 keping asam keping
- 2 tangkai daun kesum
- 1/2 bunga kantan

Bahan kisar :-
- 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
- 2.5cm belacan
- 1 biji bawang besar
- garam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya :

1. Ikan perlu direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya jangan dibuang, simpan untuk membuat kuah nanti.
2. Isi ikan dikisar.
3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.

* bahan Tambahan:
Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

LAUK PAUK : SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


Resepi : Sambal Tumis Udang Petai.

Bahan bahan yang diperlukan :

- 10 ekor udang 
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 senduk cili kisar (Kalau nk pedas tambah lagi cili)
- 1 sudu besar gula
- Garam
- Air asam jawa

Cara cara:

1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehinggalah cili benar-benar garing dengan menggunakan api perlahan.
3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM



Jumaat, 15 Januari 2016

KUIH MUIH : KUIH BOM INTI KELAPA


Resepi : Kuih Bom Inti Kelapa

- Bahan untuk inti kelapa:
- 1/2 biji kelapa putih
- 10 sudu besar gula merah
- 7 sudu gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu tpg gandum(utk mlekat2 supaya x berderai)

Bahan untuk kulit:

- 3 cwn tepung pulut
- 1 cwn tepung beras
- 1 1/2 cwn air gula suam
- bijan utk golek2kan

Cara Penyediaan :

Cara-cara untuk inti :

1. Masukkan 1/2 cwn air kedlm kuali bersama gula merah dan daun pandan
*(masak sampai mendidih)
2. Masukkan kelapa dan gula pasir,biarkan mendidih dan kacau hingga kering, dan masukkan tepung gandumm dan kacau lagi sehingga betul-betul kering
3. Sejukkan inti dan buat bulat2 kecil..

Cara-cara untuk kulit : 

1. Campur tepung beras dan tepung pulut 
*(gaul dengan tangan kering utk sebatikan tepung)
2. Kemudian tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil uli hingga adunan jadi keras
3. Kemudian ambil adunan yang dah siap diuli tadi dan bulat2kan...dan masukkan inti kelapa kedalamnya..
4. Kemudian golekkan diatas bijan
5. Goreng kuih bom dengan api sederhana selama 5 minit...sehingga kekuningan dan bolehah diangkat.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM



PENCUCI MULUT : KEK COKLAT MOIST KUKUS


Resepi : Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-Bahannya : 
(Menggunakan sukatan cawan )

- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak @ marjerin dicairkan
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum @ tepung kek
- 1 sudu baking powder
- 1 sudu soda bikarbonat
- 1 sudu esen vanilla
- 4 biji telur

Cara-cara Menyediakan :
1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. 
*Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
2. Sediakan satu bekas lain, untuk ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama (1) tadi kedalam adunan telur.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.
*Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
6. Sapukan marjerin pada loyang.
*Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
7.Kukus kek selama 1 jam.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

LAUK PAUK : Telur Bistik


Resepi : Telur Bistik yang mudah

Bahan-bahan :

- 2 biji telur
- Isi ayam di potong dadu
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 3 biji cili padi (potong kecil-kecil) 
*kalau tak cukup pedas boleh tambah)
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- Sedikit sayur campur (mix vege)
- Sedikit sos tiram
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Garam, gula.

Cara-cara memasak :

1. Pecahkan telur dan pukul telur.
2. Panaskan minyak goreng telur. Dah masak angkat letak dalam piring.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih. Bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Masukkan sayur campur, cili padi dan ayam.
5. Perasakan dengan garam dan gula sedikit.
6. Dah masak bolehlah dicurahkan je atas atas telur tadi
7. Siap dan boleh lah di makan dengan nasi panas.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM

PENCUCI MULUT : Puding Sumi Kasi Gegarrr



Resepi : Puding Sumi Kasi Gegarrr

Bahan-bahan :

- 37.5 gm agar-agar tali
- 8 cawan air
- 1 1/4 cawan gula pasir
- 1 tin susu cair
- Sumi Jelly secukupnya
- pewarna

Caranya :

1. Susun sumi jelly di dasar acuan.
2. Masak agar-agar tali hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan gula pasir. Kacau lagi hingga gula hancur dan sebati.
4. Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sebati.
5. Perlahankan api. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
6. Letakkan pewarna dalam setiap adunan.
7. Tuang adunan pertama ke dalam acuan secara perlahan. Biarkan mengeras.
8. Lorekkan permukaan lapisan tadi dengan garpu atau pisau. Tuang pula lapisan kedua dan biarkan mengeras.
9. Seterusnya tuang lapisan ketiga dan ikut seperti langkah di atas.
10. Biarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA DARI MKDM